MelissaAndDoug.com- Over 2,000 Unique and Exciting Toys for Children of All Ages! Click here!

NO MORE Summons !

Yet another good news for Malaysian... drivers and passangers especially..



Anyone who has been penalized/summon for not wearing rear-seatbelt can go to the nearest respective authority's office to cancel your sommons.

From now onwards, car owners who have not yet installed the fifth passanger rear-seatbelt will not be penalized. They will be given sufficient time "until 31 December 2011" to install it. Three years dude..

Well honestly, i'm quite confused, the statement does not tell whether cars with ready-installed fifth passanger rear-seatbelt will be effected or not...and also what happen if you have the two existing passanger rear-seatbelt.. ??.Worst case.. temporatily dismantel the belt la.. haha

The news has been published today in local newspapers.

Qouted from Berita Harian 13/02/09:

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis bersetuju membatalkan saman yang dikeluarkan bagi kenderaan persendirian yang belum memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang selepas peraturan memakainya berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata berikutan penyelarasan itu, pemilik, pemandu serta penumpang yang disaman boleh membuat pembatalan di agensi penguat kuasa yang mengeluarkannya.

"Masalah 'tersaman' bagi kes kenderaan yang belum memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang berlaku hanya dalam tempoh satu atau dua minggu pertama peraturan baru ini dikuatkuasakan.

"Bagaimanapun, JPJ tidak 'tersaman' dalam perkara ini. Sebaliknya, kami 'sengaja' menyaman mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar belakang walaupun kenderaan itu sudah dilengkapi kemudahan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar baru-baru ini melaporkan, kerajaan bersetuju mengkaji semula pembatalan saman terhadap pemilik, pemandu dan penumpang kenderaan persendirian yang belum ada tali pinggang keledar belakang.

Solah berkata, semua pemilik kenderaan persendirian yang belum memiliki tali pinggang keledar belakang diberi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2011 untuk memasangnya sebelum penguatkuasaan penuh dilaksanakan mulai 1 Januari 2012.

Sehingga 10 Februari lalu, JPJ sudah mengeluarkan 7,309 saman bagi kes tidak memakai tali pinggang keledar belakang di seluruh negara, katanya.

Sementara itu ketika ditemui pada perasmian Pejabat JPJ cawangan Jempol, di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan, Solah berkata, analisis yang dilakukan terhadap Ops Sikap XIX sempena Tahun Baru Cina, mendapati 71.9 peratus kematian membabitkan golongan ini dan Pengarah JPJ negeri diarah mengadakan lebih banyak rondaan dan sekatan jalan raya.



Anyone who has further information, feel free to clarify.


-hubby-

Related Posts with Thumbnails