MelissaAndDoug.com- Over 2,000 Unique and Exciting Toys for Children of All Ages! Click here!

America is not the enemy to the Muslim World?

Barrack Hussein Obama... A historical moment and event the whole world witness.

The name itself has some sort of significant to the Muslim communities. Most people take this for granted. But let's look at facts.. 'Hussein' or other Muslim related names are norms to African American. This root back to their fore-fathers back when they are still slaves.

Nevertheless, I hope that this particular name and it's bearer will bring 'fairness' to the muslim world.

Qouted from Berita Harian 28/01/09:

Presiden mahu kunjungi kota negara Islam sampaikan mesej

WASHINGTON: Presiden Barack Obama memberitahu dunia Islam bahawa Amerika Syarikat (AS) bukan musuh mereka dan memperbaharui ikrar untuk mengunjungi sebuah ibu kota negara Islam untuk menyampaikan mesej itu.

Obama berkata beliau pernah tinggal di Indonesia selama beberapa tahun ketika kecil dan lawatan beliau ke negara Islam meyakinkannya bahawa semua orang, tidak kira fahaman masing-masing, memiliki harapan dan impian yang sama.

"Saya mempunyai ahli keluarga yang beragama Islam. Saya pernah hidup di negara Islam."

"Tugas saya kepada dunia Islam ialah untuk meyakinkan mereka Amerika Syarikat bukanlah musuh...kami kadang kala silap, kami bukannya sempurna," kata Obama dalam satu temubual dengan rangkaian televisyen satelit, Al-Arabiya.

"Tetapi jika anda melihat kepada sejarah... Amerika bukanlah kuasa kolonial dan tidak ada sebab kita tidak boleh kembalikan hubungan serta penghormatan di antara Amerika dengan dunia Islam seperti 20 atau 30 tahun lalu.

Ketika kempen pilihan raya 2008 Obama berikrar untuk meningkatkan hubungan Amerika Syarikat dengan dunia Islam dan berkata bahawa beliau akan ke satu forum Islam utama di luar negara untuk menghantar mesej.

"Kita akan merealisasikan komitmen agar saya berucap kepada dunia Islam dari satu ibu negara Islam," kata Obama dalam satu temubual. Obama bagaimanapun tidak memberikan masa atau tempat bagi lawatannya itu ke sebuah ibu kota Islam.

Sementara itu, wakil khas AS ke Asia Barat, George Mitchell memulakan misinya dengan kunjungan ke Kaherah semalam selepas mendapat arahan daripada Obama supaya berusaha keras untuk mencapai perkembangan dalam rundingan damai di antara negara Arab dan Israel.

Obama memberitahu Al-Arabiya, beliau tidak mahu berpura-pura bahawa kemajuan di Asia Barat boleh dicapai dengan pantas. – AFP


This is Indeed a good action taken by Pres. Barrack Obama. But he needs to bear in mind that words alone will not change anything.

Let wait and see what will actually happen in the first 100 days of Obama's management.

-Hubby -

Related Posts with Thumbnails
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers