Salam and Good Day,
Just wanna share with all of you this good reminder to me and to all. I received an email about this.
Kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan tidak membawa sebarang harta, kita akan pergi juga dengan kosong dengan tidak membawa harta yang dikumpul. Semua kita ini adalah bakal jenazah.
Ramai yang cuba mendapatkan segalanya untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai sesuatu. Akan tetapi pada hakikatnya, kita tidak mempunyai apa-apa.
Sebenarnya, kita tidak pernah memiliki apa-apa. Segalanya hanyalah dipinjamkan oleh Allah s.w.t termasuklah jasad badan.
Kita merasakan bahawa sesuatu itu dimiliki kita. Tapi sebenarnya tidak, semuanya pinjaman sementara. Manusia menangis bukan kerana hilang sesuatu, manusia menangis kerana sesuatu yang diharapkan tidak datang.
Kita tidak merindui orang yang telah meninggalkan kita, kita hanyalah merindui kenangan bersama. Dan kita jugalah yang melabelkan kenangan itu manis ataupun pahit.
Ingatlah sentiasa kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong. Tiada siapa yang boleh melukakan hati kita, melainkan diizinkan diri kita sendiri. Tiada siapa yang menyinggung kita, hanya kita yang izinkan diri kita disinggung.
Dua perkara ini akan dapat difahami sekiranya seseorang itu faham bahawa dia datang dengan tangan kosong, segalanya hanyalah pinjaman sementara sebelum dia kembali dengan tangan kosong.
Ingat Allah Selalu…
Post a Comment