The Birth Story of Ayser Zarif
Posted by ZuLaiShah in Ayser Zarif, BabyHood, Babymoon, Parenting Hood, Pregnancy on Thursday, July 05, 2012
Salam and Good Day to all.
Ok this will be my long long longgggg entry. Bare in mind k.It took me days to complete this entry and to flashback this experience kan. Nk kene ingat satu2 balik.
Same like other mothers out there, i pon nak gak la share my delivery experience. Mcm biasa la kan, not all birth experiences are smooth sailing and nice kan? My birth experience was not as my expectation. I considered as my nightmare experience.
Yes, people can say bersalin tu senang. Tapi tak sumer akan dapat kesenangan kan? So jom baca my experience plakkan.
I've been tested twice by Allah on my pregnancy. I miscarried twice. And Alhamdulillah i managed to go thru all of this tests and Alhamdulillah my 3rd pregnancy was successful! But throughout the pregnancy journey was not easy. First trimester i had to stay on bed for 2 months because of my pregnancy symptoms. Disaster!!! I couldn't work. Tak bole tgk monitor ok. Mesti mual and muntah2 teruk.I tried to go to work but totally flat and esok nye kene cont MC weeks by weeks. Kalo doc2 kt sini panggil 'hyperem'. Ni mmg tahap plg teruk la. Sampai i x puasa sebulan ok. FYI, I've lost 8kgs because of severe vomitting pastu makan nasi 1 sudu kecil sahaja. ni tahap muntah kuar acid dlm perut tu kaler ijau2. then kalo try makan kompem muntah balik yg stok sampai kuar kot hidung klo try tahan muntah. Ada paham cmne teruk nye my situation that time. Sampai my OB kata selagi berat x naik xbole keje. haa sampai camtu sekali. Tu yang bile pegi jumpe my OB pakai baju yg berat2 supaya nampak berat naik.hahaha.
Pastu cam biasa la check up every month. Buat test itu ini. then, buat MGTT. Result pon normal. Second trimester memang best! G shopping barang2 baby. Time tu plak ada 2nd child and maternity expo. Haa shopping sakan la jugakkan. Gi sana gi sini. Jalan shopping non-stop walaupon kaki dh start bengkak. Awal kaki i bengkak. Adehh.
After that, bile masuk 3rd trimester, mula la x selesa sana sini. I even xbole tido atas katil ok. Beli recliner sofa semata-mata utk tido. So, i tido la kt sofa sampai la kt hospital pon tido atas sofa. Hubbyku yang tido atas katil hahaha. Dalam x selesa i sempat lagi pegi Sepang Gold Coast for Babymoon and Maternity Photoshoot. Sarat2 pon sempat nk posing. Masa tu dah 7 months.
Masa week bape tah tetiba cam tergerak ati nk check my sugar sbb tiap berat baby dh melebihi jangkauan. Rupenye i got diabetes la plakkan last2 trimester ni. Diet2 pon still x stabil my sugar level. Jap ok jap x ok.
31st January 2012
By 38 weeks++ tu pegi la jumpe my OB. Check2 baby dh xbole nk check dh berat bape sbb dh besar sangatttt. Doc soh admit esok nya kene induced. Memule doc selokkk xbukak lg. I dah rasa x best ni sbb i expected for natural birth. But then bile kene induced confirm dh x natural dah...ok laa still expect for normal delivery walaupun dah x bole naturally kan.
1st February 2012
Esoknya, dengan berat hati admitted. Supposed kene admit at 8am but i lengah2 kan. So, kene tunggu doc dlm OT.
Then, kene la dok kt situ sambil tunggu doc x sampai2 lagi. Bila doc sampai jek doc nk pecahkn my air ketuban. My God!!! Sangat sakit hokeh!. Tahan jek la. Pastu mmg dh kene drip dah. CTG bagai sumer dah siap pasang nk make sure baby's heart beat ok. My contraction even worse but i managed to control la just uncomfortable je. Then, midwives ke my OB dah tak ingat dah dtg lg selok2. Baru 3cm. Tunggu lagi. Midwives dok paksa amek epidural or injection. I takmo. Pastu dia soh ngiring. I dah x bole gerak dah cmne nk ngiring. Rasa nk pang je midwives ni tau. Grrrr...So tunggu la lagi..
At 12pm, doc dtg lagi checked. Dh 5cm..Happy la sikit kan. But doc ckp lmbt sgt progress ni doc soh amek injection. So, redha je la amek injection. Lps amek injection dh x rasa sakit sgt. Itry ngiring and tido. My hubby and my mom gilir2 teman. I pasang mps Quran and sambil2 selawat, zikir. At 6pm cmtu rasa nye, doc or midwives checked again still 5cm xmo bukak dah. Doc bagi last chance sampai 8pm klo x bukak kene terus emergency C-sect. I dah rasa x best dah ni. Contraction dh mcm bukak 10cm. Habis tangan hubby i kene cakar sume kan. Yang paling best dia ajar breathing technique salah i plak yg kene ajar dia balik. Mana x stress time tu.
Final call, 8pm doc checked still x bukak2 lagi dah. Maintain 5cm jek so doc dh soh masuk OT dah sbb dh 12hours lps air ketuban pecah. Doc xmo risk baby lg. I dah nangis2 dah ni. My parents calmed me down. The nurses prepared me for the operation. Then they brought me to the OT. Masa otw tu OT room mmg sempat jumpe my parents. Hubby i tgh bersiap pakai baju OT gak.
Btw, I nk share ganjaran daripada Allah untuk ibu mengandung dan bersalin. Semoga kita mendapat manfaat nya.
- 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada solat 80 rakaat wanita yang tidak hamil
- Wanita yang hamil ini juga mereka mendapat ganjaran pahala puasa di siang hari dan juga pahala ibadat di malam hari.
- Wanita yang bersalin akan dianugerahkan pahala 70 tahun solat dan puasa
- Setiap kesakitan pada urat ibu yang ketika sedang bersalin,Allah akan menanugerahkan ganjaran satu pahala haji.
- sekiranya ibu itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira mati syahid dengan syarat taqwa
- Ibu yang member susu dari badannya kepada anaknya ketahuilah bahawa setiap titik susu yang diminum itu akan diberikan ganjaran satu pahala
- Ibu yang member minum susu badan kepada anaknya yang menangis akan diberikan ganjaran pahala 1 tahun puasa dan solat
- Sekiranya ibu itu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun,malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa ibu tersebut akan wajib mendapat nikmat syurga .
- Seorang ibu yang menghabiskan tidur malam dalam keadaan tidak selesa kerana menyusukan anaknya yang sedang sakit akan dianugerahkan pahala seperti melepaskan 20 orang hamba
- Ibu yang tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya.
- Dan apabila ibu tersebut menghiburkan anaknya akan diberikan ganjaran pahala 12 tahun jumaat
This entry was posted on Thursday, July 05, 2012 at 9:00 AM and is filed under Ayser Zarif, BabyHood, Babymoon, Parenting Hood, Pregnancy. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
Post a Comment